Bila berniaga ni serba sedikit kena ambil tahu bab rekod niaga. Asas pengurusan ni akan membuatkan perniagaan anda bertahan lebih lama. Secara logik nya siapa yang tahu apa yang di belanjakan atas perniagaan nya, akan tahu secara kasarnya prestasi perniagaan yang di usahakan. Dan baru lah boleh buat perancangan seterus nya untuk kembangkan lagi perniagaan sedia ada.
Merujuk balik bab cukai, Asas untuk anda buat pengisytiharan pendapatan dan perihal rekod niaga saling berkaitan. Dokumen seperti sijil daftar SSM, inbois, rekod jualan, resit-resit perbelanjaan dan penyata bank perniagaan perlu di simpan rapi. Sekurang-kurangnya 7 tahun. Setiap wang yang keluar perlu ada dokumen sokongan.